Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 640km bakal menghubungkan negeri-negeri pantai timur Kelantan, Terengganu, Pahang dengan Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya secara tidak langsung bakal merangsang pertumbuhan ekonomi di koridor sepanjang jajaran.
Dengan kelajuan 160km/j bagi keretapi penumpang, perkhidmatan ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan kurang dari empat jam dari Kota Bharu ke Putrajaya – menjanjikan keselesaan yang optimum sepanjang perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat.
Projek ini dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2026.