Ke Atas

Soalan Lazim Projek ECRL 2019

CIRI-CIRI UTAMA

1. Apakah ciri-ciri Projek ECRL yang baharu?

Ia adalah sama dengan projek ECRL yang asal dengan beberapa penambahbaikan reka bentuk dan jajaran baharu.

2. Berapakah jumlah penjimatan kos pembinaan Projek ECRL yang baharu berbanding sebelumnya?

Penjimatan kos pembinaan sebanyak RM21.5 bilion (berbanding jumlah kos RM65.5 bilion sebelumnya).

3. Bagaimanakah harga baharu projek ini dicapai?

Melalui kajian kejuruteraan nilai atau ‘value engineering exercise’ ke atas semua aspek teknikal projek yang menghasilkan jajaran selatan baharu melalui Negeri Sembilan.

4. Bagaimanakah pengurangan yang besar dapat dicapai berbanding kos pembinaan sebanyak RM66.78 bilion sebelum ini?

Kajian kejuruteraan nilai atau ‘value engineering exercise’ menyeluruh telah dilakukan untuk menghasilkan reka bentuk dan jajaran yang lebih sesuai dengan keperluan semasa projek ECRL. Hasil kajian semula ini berjaya mengurangkan kuantiti dan bilangan terowong dan laluan bertingkat yang akan dibina sekaligus mengurangkan kos pembinaan projek ECRL.

5. Apakah dasar pembayaran kerja-kerja pembinaan? Adakah ia berdasarkan kemajuan kerja atau jadual pembinaan yang dipersetujui?

Pembayaran kerja-kerja pembinaan adalah sentiasa berdasarkan kemajuan kerja.

6. Bilakah Projek ECRL akan disiapkan?

Projek ECRL akan disiapkan sebelum akhir Disember 2026. Ini adalah lanjutan daripada tarikh asal Jun 2024

7. Berapa lamakah tempoh perjalanan dari Kota Bharu ke Putrajaya?

Jangkaan sekitar 4 jam masa perjalanan dari Kota Bharu ke Putrajaya

8. Berapakah bilangan stesen didalam Projek ECRL yang baharu? Negeri manakah yang mempunyai stesen paling banyak?

Projek ECRL yang baharu akan membina 20 buah stesen. Negeri Pahang akan mempunyai bilangan stesen paling banyak iaitu tujuh (7) buah stesen.

9. Adakah laluan ECRL yang baharu akan berhubung dengan mana-mana laluan KTMB yang sedia ada atau mana-mana laluan keretapi yang lain

Ya, laluan ECRL akan mempunyai tiga stesen pertukaran:

  • Putrajaya Sentral – berhubung dengan laluan Express Rail Link (ERL) untuk ke KLIA dan KLIA2; dan perkhidmatan rel Mass Rapid Transit 2 (MRT2) Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP)
  • Bangi/Kajang – berhubung dengan laluan rel KTM Electric Train Service (ETS) dan KTM Komuter.
  • Mentakab – berhubung dengan laluan KTM Intercity dan KTM Kargo

10. Apakah peranan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB)?

Semasa fasa pembinaan, MRLSB adalah pemilik 100% aset dan projek ECRL. Manakala semasa fasa operasi, MRLSB masih pemilik 100% aset rangkaian rel ECRL. Selain itu,  MRLSB akan menubuhkan syarikat usahasama 50:50 diantara MRLSB dan CCCC bagi mengendalikan pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL.

11. Siapakah kontraktor utama untuk Projek ECRL baharu?

Tiada perubahan. Kontraktor utama projek ECRL masih China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

12. Adakah kontraktor tempatan diberi peluang untuk menyertai Projek ECRL yang baharu?

Ya. Kontraktor tempatan akan diberi peluang untuk menyertai Projek ECRL yang baharu.

13. Berapakah peratus penglibatan kontraktor tempatan kali kini berbanding yang dahulu?

Penglibatan kontraktor tempatan dalam kerja-kerja sivil kini meningkat kepada 40%. Perjanjian sebelumnya telah menetapkan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja-kerja sivil pada 30% sahaja.

 

JAJARAN

14. Berapakah jarak keseluruhan jajaran baharu ini?

Jarak keseluruhan jajaran baharu ialah 640km. (Jarak jajaran asal adalah 688km)

15. Apakah sebab-sebab jajaran baharu yang menghubungkan Mentakab ke Port Klang melalui Negeri Sembilan dipilih?

Jajaran baru diputuskan setelah mengambil kira faktor kebudayaan, warisan dan persekitaran terutamanya mengelakkan Permatang Kuarza Genting Klang di Gombak dari mengalami sebarang kecacatan akibat pembinaan laluan ECRL. Jajaran melalui Negeri Sembilan membuatkan laluan ECRL tidak lagi perlu melalui permatang kuarza tersebut dan juga telah mengelakkan dari merentasi banjaran Titiwangsa di Genting, Pahang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kos pembinaan terowong Genting sepanjang 17.8km yang memakan kos yang sangat tinggi. Jajaran baru ini juga memberi peluang Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan mendapat manfaat daripada perlaksanaan projek ECRL.

16. Berbanding jajaran lama, apakah stesen-stesen baharu? Stesen manakah yang telah dibatalkan?

Stesen-stesen baharu ialah Bangi/Kajang, Putrajaya Sentral, Port Klang dan stesen-stesen baharu turut dicadangkan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Stesen-stesen yang dibatalkan ialah Bentong, Gombak Utara, ITT Gombak, Telaga Papan, Jelawat, Pengkalan Kubor dan Wakaf Bahru.

17. Apakah status Sambungan Selatan (Gombak Utara – Serendah – Port Klang) yang terkandung di dalam pelan jajaran projek ECRL yang asal?

Jajaran Sambungan Selatan (Gombak Utara-Serendah-Port Klang) telah dibatalkan dan jajaran baharu ECRL tetap akan disambungkan ke Port Klang melalui jajaran Mentakab – Jelebu – Bangi – Putrajaya – Port Klang.

18. Mengapakah perlunya untuk membatalkan Sambungan Utara (Kota Bharu – Wakaf Bharu – Pengkalan Kubor) yang terkandung di dalam pelan jajaran projek ECRL yang asal?

Sambungan Utara tidak menambah nilai yang besar terhadap jaringan pengangkutan rel keretapi pada masa ini. Sambungan Utara ini akan dikaji semula pada masa akan datang.

19. Apakah cabaran-cabaran pembinaan jajaran baharu di sepanjang laluan Mentakab – Port Klang melalui Negeri Sembilan dan Putrajaya

Di dalam mana-mana projek pembinaan terutamanya pada tapak yang baharu atau ‘greenfield’, isu-isu sosial dan alam sekitar dijangka akan timbul. Langkah-langkah untuk menangani isu-isu ini akan diambil. (sila rujuk seksyen mengenai Alam Sekitar)

 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

20. Adakah ECRL baharu akan dibina secara berperingkat?

Tidak, Projek ECRL akan dibina dalam satu fasa sahaja. Tarikh siap dijangka sebelum akhir Disember 2026 bagi keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Port Klang.

21. Adakah ECRL menggunakan tolok meter atau tolok standard?

ECRL akan menggunakan tolok standard.

22. Adakah jajaran ECRL baharu ini menggunakan landasan berkembar?

Harga yang dipersetujui sebanyak RM44 bilion termasuk peruntukan landasan berkembar.

23. Berapakah jumlah keseluruhan terowong dalam jajaran ECRL yang baharu?

Jumlah keseluruhan adalah sekitar 30 – 40 terowong. Nombor yang lebih tepat akan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

24. Di manakah terowong keretapi terpanjang jajaran ECRL?

Terowong terpanjang jajaran ECRL berukuran kira-kira 7km akan berada di kawasan Jelebu-Semenyih.

25. Di manakah lokasi bilangan jejambat yang paling banyak?

Jejambat kebanyakannya dibina di Terengganu.

26. Apakah peratusan kawasan tinggi dalam pembinaan ECRL baharu?

Kawasan tinggi dianggarkan antara 15% hingga 20%. Nombor yang lebih tepat akan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

27. Berapakah kelajuan keretapi ECRL?

160 km sejam untuk keretapi penumpang, 80 km sejam untuk keretapi kargo.

28. Berapakah bilangan gerabak bagi setiap set keretapi (EMU)

6 set gerabak keretapi untuk EMU

29. Adakah kos pembinaan projek ECRL yang baharu termasuk kos rolling stock dan stesen?

Ya, RM44 bilion adalah termasuk pembiayaan untuk kos rolling stock dan stesen ECRL.

30. Apakah laluan sisihan keretapi dalam jajaran ECRL yang baharu ini?

Laluan sisihan keretapi bagi jajaran ECRL yang baharu berada di Kerteh, Kemaman, Kuantan, Mentakab dan Port Klang.

31. Berdasarkan kos baharu ECRL, apakah penyebab kos yang paling tinggi?

Kos infrastruktur.

32. Apakah yang akan terjadi kepada tapak pembinaan yang terbengkalai di antara kawasan Mentakab ke Bentong

Pengembalian semula tapak projek terbengkalai akan dimulakan secepat mungkin mengikut piawaian pihak berkuasa yang berkenaan.

33. Adakah pengurangan dalam kos projek menyebabkan kualiti dan penyerahan projek terdegradasi?

Tidak. Pengurangan dalam kos projek adalah hasil kajian kejuruteraan nilai menyeluruh atau ‘comprehensive value engineering’ dan penyelarasan jajaran baharu. Oleh itu, kriteria teknikal dan keselamatan yang tinggi akan dititikberatkan mengikut peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

 

OPERASI & PENYELENGGARAAN

34. Siapakah pemilik syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB)?

MRLSB adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.). Sedemikian, MRLSB 100% dimiliki kerajaan Malaysia.

35. Apakah peranan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB)?

Semasa fasa pembinaan, MRLSB adalah pemilik 100% aset dan projek ECRL. Manakala semasa fasa operasi, MRLSB masih pemilik 100% aset rangkaian rel ECRL. Selain itu,  MRLSB akan menubuhkan syarikat usahasama 50:50 diantara MRLSB dan CCCC bagi mengendalikan pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL

 36. Adakah CCCC / China terlibat dalam operasi ECRL kali ini?

Ya, melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai, MRLSB akan menubuhkan syarikat usahasama 50:50 diantara MRLSB dan CCCC bagi mengendalikan pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL

 37. Sebelum ini, ECRL telah menetapkan nisbah pengangkutan sebanyak 70 peratus kargo dan 30 peratus penumpang. Adakah nisbah ini akan berubah secara ketara?

Tidak, nisbah pengangkutan akan kekal sebanyak 70% kargo dan 30% penumpang.

 

KEWANGAN/KOS

38. Apakah kos pembinaan Projek ECRL selepas disemak semula?

Selepas rundingan, harga baharu pembinaan Projek ECRL menurun kepada RM44 bilion atau RM68.7 juta sekilometer. Harga asal pembinaan Projek ECRL adalah RM65.5 bilion atau RM95.5 juta sekilometer. 

39. Berapakah jumlah penjimatan kos pembinaan yang dibuat oleh Projek ECRL baharu berbanding sebelumnya?

Penjimatan kos pembinaan sebanyak RM21.5 bilion (berbanding jumlah kos RM65.5 bilion sebelumnya).

40. Bagaimanakah projek ini mencapai harga baharu?

Melalui kajian kejuruteraan nilai atau ‘value engineering exercise’ ke atas semua aspek teknikal projek yang menghasilkan jajaran selatan baharu melalui Negeri Sembilan.

41. Mengapakah terdapat pengurangan yang besar berbanding dengan kos pembinaan sebanyak RM66.78 bilion sebelum ini?

Kajian kejuruteraan nilai atau ‘value engineering exercise’ menyeluruh telah dilakukan untuk menghasilkan reka bentuk dan jajaran yang lebih sesuai dengan keperluan semasa projek ECRL. Hasil kajian semula ini berjaya mengurangkan kuantiti dan bilangan terowong dan laluan bertingkat yang akan dibina sekaligus mengurangkan kos pembinaan projek ECRL.

42. Adakah pinjaman ini melibatkan sebarang cagaran?

Ya, kami telah mengekalkan cagaran yang sama dalam bentuk jaminan kerajaan untuk pinjaman dari China EXIM Bank.

43. Adakah akan terdapat kos lebihan dalam jangka masa yang panjang?

Pelaksanaan projek ini akan diurus dan dipantau oleh MRLSB untuk mengelakkan sebarang kos lebihan dalam jangka masa yang panjang.

44. Terdapatkah penjimatan kos faedah hasil daripada penurunan kos pembinaan?

Kami menjangkakan penjimatan kos faedah sebanyak RM12.2billion. Walaubagaimanapun, stuktur pinjaman bagi perjanjian baharu masih dikemaskinikan bersama China EXIM Bank.   

45. Adakah terbitan sukuk dengan tiga institusi kewangan tempatan diteruskan?

Ya, ianya akan dikekalkan pada jumlah yang lebih rendah kerana kos projek telah dikurangkan.

46. Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada CCCC sehingga kini?

Jumlah pembayaran kepada CCCC dianggarkan sebanyak RM19.68 bilion (termasuk bayaran pendahuluan).

 

PENGAWAL ATUR

47. Kementerian mana yang akan menyelia Projek ECRL yang baharu?

Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

48. Siapakah pengawal atur untuk Projek ECRL yang baharu?

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah pengawal atur projek.

49. Adakah Skim Keretapi ECRL Fasa 1 yang diiktiraf oleh SPAD pada 2017 kini dianggap tidak sah?

Ianya masih sah dan akan dikemas kini.

50. Bilakah Skim Keretapi untuk Projek ECRL akan diluluskan?

Sasaran kelulusan adalah dalam tempoh 9 bulan selepas pemeteraian Perjanjian  Tambahan.

51. Bilakah jajaran baharu bagi ECRL akan diteruskan?

Apabila Skim Keretapi diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

 

PENGURUSAN HARTANAH

52. Adakah Pemeriksaan Awam akan diadakan bagi keseluruhan jajaran rel ECRL atau hanya jajaran baharu?

Ya, tumpuan akan diberikan kepada jajaran yang baharu.

53. Bagaimanakah seseorang boleh mengetahui jika tanah miliknya terlibat dengan jajaran Mentakab-Bangi-Port Klang yang baharu?

Apabila Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 diwartakan.

54. Bilakah proses pengambilan tanah akan dilakukan berhubung jajaran Mentakab-Bangi-Klang baharu?

Pengambilan tanah dijangka bermula pada separuh tahun kedua 2020.

55. Apakah status semasa proses pengambilan tanah untuk jajaran terdahulu?

Kami akan meneruskan pelan pengambilan tanah sebelum ini kecuali bahagian penukaran jajaran antara Kota Bharu ke Dungun dan jajaran Mentakab ke Gombak.

56. Apa yang berlaku kepada tanah yang sedang dalam proses pengambilalihan tetapi kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada jajaran yang baharu?

Ia akan melalui proses pewartaan semula (de-gazettement).

57. Adakah terdapat sebarang undang-undang untuk saya menuntut kembali wang yang telah dibelanjakan untuk mengosongkan hartanah saya mengikut jajaran ECRL yang awal?

Tiada pendengaran awam terhadap pengambilan tanah atau notis untuk pengosongan setakat ini.

 

PROSES RUNDINGAN

58. Siapakah yang mengetuai proses rundingan?

YABhg. Tun Daim Zainuddin sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri mengetuai proses rundingan.

59. Apakah kriteria yang terlibat semasa rundingan?

  • Pemeliharaan kontrak terutamanya yang melibatkan hubungan antara Kerajaan.
  • Mengurangkan kos projek
  • Perkongsian risiko operasi
  • Kajian kejuruteraan nilai menyeluruh atau ‘comprehensive value engineering’ dan reka bentuk yang optimum.

60. Berapa lama tempoh rundingan sejak penggantungan projek (Julai 2018)?

Tempoh rundingan berlangsung selama 9 bulan.

61. Bagaimanakah rundingan semula ini memberi manfaat kepada Malaysia?

Penurunan kos pembinaan akan mengurangkan beban hutang kerajaan, meningkatkan hubungan dua hala Malaysia – China dan meningkatkan penyertaan kontraktor tempatan daripada 30% ke 40% dalam kerja-kerja sivil projek. Ianya juga akan merangsang pelaburan di sepanjang koridor keretapi.

62. Apakah kesan dari segi kos kepada kerajaan jika kita menamatkan Projek asal ECRL?

Kos pembatalan dianggarkan RM21.78 bilion tanpa sebarang pulangan kepada Kerajaan.

63. Apakah yang berlaku terhadap Kontrak EPCC yang ditandatangani dengan CCCC sepanjang tempoh 2016-2017? Adakah ia terbatal dan tidak sah?

Kontrak EPCC asal masih sah dan berkuatkuasa.Kontrak EPCC asal kini mestilah dibaca bersama Perjanjian Tambahan yang ditandatangani pada 12 April 2019.

 

ALAM SEKITAR

64. Adakah jajaran baharu tertakluk kepada laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)?

Ya.

65. Bagaimana pencemaran habuk dan bunyi boleh dikurangkan semasa pembinaan ECRL?

Ia akan menjadi sebahagian daripada Rancangan Pengurusan Alam Sekitar (EMP).

66. Apakah langkah-langkah mitigasi yang diambil untuk memastikan tidak berlaku banjir di sekitar tapak pembinaan yang boleh menjejaskan penduduk?

Untuk meminimumkan masalah banjir semasa pembinaan, kami akan mengikuti panduan Pelan Hakisan Kawalan Kelodak (ESCP) yang telah diluluskan.

67. Adakah wujudnya Pelan Pengurusan Hidupan Liar di dalam Projek ECRL yang baharu ini?

Ya.

68. Adakah jajaran Mentakab-Port Klang baharu melalui kawasan tadahan air dan kawasan rizab hutan?

Jajaran baharu direka untuk mengelak kawasan tadahan air dan rizab hutan. Kami akan mempunyai lebih banyak maklumat sebaik sahaja laporan EIA untuk penyelarasan baharu dimuktamadkan.

69. Jika terdapat lencongan jalan semasa pembinaan, bagaimana cara untuk mengurangkan gangguan terhadap orang awam (pengguna jalan raya)?

Sebelum lencongan jalan dilakukan, pelan pengurusan lalu lintas akan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan.

70. Bagaimanakah MRLSB akan menghadkan kesan ECRL terhadap alam sekitar? Apakah kaedah yang akan dilakukan?

MRLSB akan mematuhi semua piawaian alam sekitar yang berkaitan termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), dan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP).

71. Sebelum ini, lintasan hidupan liar dijangka akan dibina di 29 lokasi strategik bagi membolehkan hidupan liar bergerak bebas. Bagaimana pula dengan sekarang?

Ya, kami akan masih menjaga hidupan liar dan akan membina lintasan hidupan liar di lokasi strategik sepanjang jajaran baharu.

72. Apakah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang akan bekerjasama dengan MRLSB?

Kami akan bekerjasama dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

73. Bagaimanakah pencemaran bunyi semasa operasi akan dikawal?

Pencemaran bunyi yang berlaku akan dikawal dan penghadang bunyi akan disediakan bila perlu.

74. Jika anda menemui tapak warisan, apakah yang akan anda lakukan?

Semasa peringkat perancangan dan sebelum pembinaan dilakukan, kami akan membuat Penilaian Impak Warisan (HIA) dan akan kemukakan kepada Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan kelulusan mereka.

75. Bagaimana anda memastikan kualiti air terjamin?

Kami akan melakukan pemantauan berjadual untuk semua sungai dan pengambilan air (jika perlu).

 

-TAMAT-