Ke Atas

MRL beri keutamaan syarikat bumiputera dalam projek ECRL

SHAH ALAM – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memberi keutamaan kepada penglibatan syarikat bumiputera dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

MRL dalam satu kenyataan berkata, China Communications Construction Company Ltd (CCCC) telah menetapkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dengan melantik 30 peratus sub-kontraktor serta pembekal tempatan.

Menurutnya, jumlah tersebut telah meningkat kepada 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perjanjian Tambahan Kontrak EPCC bertarikh 12 April 2019.

“Nilai kontrak yang telah dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera setakat 30 November 2023 adalah sebanyak RM2.66 bilion atau 76.07 peratus daripada sasaran RM3.50 bilion. 

Sumber : www.sinarharian.com.my

Pautan Berkaitan