“Masalah jajaran terserahlah kepada Kerajaan Persekutuan kerana ini pun projek mereka, yang penting Kelantan masih termasuk tetapi kita lihat semalam ia terhenti di Wakaf Bharu dan tidak sampai ke Pengkalan Kubor seperti perancangan asal.
“(Laluan) yang lain dari Tok Bali apa semua hingga Terengganu masih kekal, kita mungkin kena bincang balik dengan Kerajaan Persekutuan supaya ambil kira, sebab kerajaam terdahulu sudah setuju. “Apa yang penting kena sampai ke Tumpat, daerah ini perlukan jalan kereta api, perlukan pelabuhan, sekarang ini perkhidmatan kereta api dari Tumpat ke Kuala Lumpur pun sudah terhenti, setakat Gemas sahaja,” katanya
selepas Majlis Solat Hajat dan Amanat Khas Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohd Amar berkata, kerajaan negeri mungkin membincangkan semula perkara ini agar diberi pertimbangan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Saya rasa laluan itu boleh dipanjangkan lagi, kalau tidak sekarang pun pada masa akan datang,”katanya. – UTUSAN ONLINE