KUALA LUMPUR : Perjanjian mengenai Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dijangka ditandatangani antara Malaysia dan China di Beijing pada Jumaat, lapor akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber dalaman.
Laporan itu juga menyatakan, Tun Daim Zainuddin sudah tiba di Beijing dan sedang berunding mengenai perincian perjanjian berkenaan dengan China.
Tun Daim juga dijangka mengadakan sidang media berkenaan jam 2 petang Jumaat dari Kedutaan Malaysia di Beijing bagi mengumumkan perincian perjanjian berkenaan.
Kerajaan sebelum ini melantik Tun Daim sebagai utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses perundingan semula ECRL dengan kerajaan China supaya penyelesaian menang-menang diperolehi.