Ke Atas

Rundingan akhir ECRL dimuktamad esok

KUALA LUMPUR: Satu perjanjian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimeterai antara Malaysia dan China di Beijing esok.

Utusan Khas Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin dilaporkan sudah berada di Beijing bagi merundingkan butiran terakhir projek berkenaan bersama China.

Daim kemudian akan mengadakan sidang akhbar di Kedutaan Malaysia di Beijing pada jam 2 petang esok.

Beliau dijangka mengumumkan hasil rundingan berkenaan kepada media tempatan, termasuk wartawan BH yang berada di Beijing.

Sumber:  www.bharian.com.my

Pautan Berkaitan

Popup Builder Wordpress