Ke Atas

Terma & Syarat

Terma & Syarat Malaysia Rail Link Sdn Bhd

1. Terma

Dengan mengakses laman sesawang di www.mrl.com.my, anda bersetuju untuk terikat dengan syarat perkhidmatan, undang-undang dan peraturan yang berkenaan, serta bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi mana-mana undang-undang tempatan yang terpakai. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma ini, anda dilarang menggunakan atau mengakses laman sesawang ini. Bahan yang terdapat dalam laman sesawang ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan tanda dagang yang berkenaan.

2. Penggunaan

Kebenaran diberikan untuk memuat turun satu salinan bahan (maklumat atau perisian) sementara di laman sesawang Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. untuk tontonan sementara secara peribadi dan bukan komersil sahaja. Ini adalah pemberian lesen, bukan pemindahan hak milik, dan di bawah lesen ini, anda tidak boleh:

  1. mengubah atau menyalin bahan;
  2. menggunakan bahan untuk sebarang tujuan komersial, atau untuk mana-mana paparan awam (komersial atau bukan komersial);
  3. cuba menyusun semula atau membalikkan sebarang perisian yang terdapat di laman sesawang Malaysia Rail Link Sdn.;
  4. mengalih keluar apa-apa hak cipta atau nota proprietari lain dari bahan; dan memindahkan bahan kepada orang lain atau “salinan cermin” bahan-bahan di mana-mana pelayan lain.

 

Lesen ini akan ditamatkan secara automatik pada bila-bila masa sahaja jika anda melanggar mana-mana sekatan oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. Apabila anda menamatkan tontonan bahan-bahan ini atau apabila penamatan lesen ini, anda mesti memusnahkan apa-apa bahan yang dimuat dalam pemilikan anda sama ada dalam format elektronik atau bercetak.

3. Penafian

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. tidak memberi waranti atau jaminan ketepatan mahupun bebas dari kesilapan terhadap apa-apa data, kandungan, maklumat, perisian atau bahan lain yang boleh diakses dalam atau melalui laman sesawang ini, serta bebas daripada virus atau komponen lain yang berbahaya. Penggunaan laman sesawang adalah atas risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerosakan yang timbul daripadanya.

4. Ketepatan bahan

Bahan-bahan yang terdapat di laman sesawang Malaysia Rail Link Sdn.Bhd. mungkin mengandungi kesilapan teknikal, tipografi atau fotografi. Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. tidak menjamin bahawa mana-mana bahan di laman sesawangnya adalah tepat, lengkap atau terkini. Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. berhak untuk membuat perubahan terhadap bahan-bahan yang terkandung di laman sesawangnya pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. tidak membuat komitmen untuk mengemas kini bahan.

5. Pautan

Malaysia Rail Link Sdn Bhd tidak mengkaji pautan ke laman sesawang pihak ketiga (“laman sesawang terpaut”) dan tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman sesawang tersebut. Pautan ini disediakan untuk kemudahan. Walau bagaimapun, ini tidak menandakan yang kami mengendors laman sesawang terpaut ini. Melayari laman sesawang terpaut adalah atas risiko individu.

6. Pindaan

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk meminda terma dan syarat laman sesawang tanpa notis. Dengan terus menggunakan laman sesawang ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan apa-apa pengubahsuaian dan pindaan pada terma dan syarat ini.

7. Undang-Undang Terpakai

Terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini hendaklah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian termasuk terma dan syarat ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia. Laman sesawang ini dan kandungannya adalah hak cipta Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. Semua hak terpelihara.