Ke Atas

Dari landasan tunggal ke berkembar di Seksyen D Pelabuhan Klang

Klang: Kabinet meluluskan cadangan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk mengubah skop pembinaan daripada landasan tunggal dwi tolok kepada landasan berkembar bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia membabitkan jajaran dari Stesen Jalan Kastam di Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Utara (Northport) dan Pelabuhan Barat (Westports) sepanjang 25 kilometer.

Menurutnya, pengubahan skop pembinaan dikenali sebagai Seksyen D tidak memerlukan peruntukan tambahan daripada kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan projek ECRL.

“Bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel kargo serta kecekapan pengangkutan rel ke Northport dan Westports, Kabinet bersetuju untuk membina landasan berkembar, yang merangkumi landasan tolok standard baharu bagi perkhidmatan ECRL serta mengekalkan landasan tolok meter sedia ada bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Pautan Berkaitan