Ke Atas

Langkah penting lanjutkan jajaran ECRL

 

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk melanjutkan jajaran asal Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada 640 kilometer ke 665 kilometer adalah langkah penting kerana ia akan dihubungkan ke Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat, kata seorang pakar.

Penyelidik pengangkutan awam, SM Sabri SM Ismail, berkata tanpa melanjutkan jajaran itu ke pelabuhan, ECRL tidak mempunyai sambungan langsung ke pelabuhan.

Oleh itu, katanya, semua kargo harus berhenti di Jalan Kastam, kemudian dibawa dengan trak ke pelabuhan atau diangkut dengan kereta api KTM.

“Ada keperluan untuk projek tambahan untuk melanjutkan jajaran ECRL itu dari Jalan Kastam ke pelabuhan,” katanya kepada Bernama.

Pautan Berkaitan