Ke Atas

MRL, Perhilitan uji prototaip pagar antigajah di ECRL

KUANTAN – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia telah menjalankan proses ujian ketahanan prototaip pagar halangan fizikal gajah di Temerloh pada 23 Oktober lalu.

MRL dalam kenyataannya pada Jumaat memberitahu ia ekoran kepada beberapa hantaran yang tular di media sosial yang menunjukkan dua gajah sedang menolak struktur pagar yang telah dipasang di jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa video yang tular tersebut adalah sebahagian daripada proses ujian ketahanan bagi reka bentuk pagar haiwan liar yang telah dijalankan di kawasan yang dikenal pasti sebagai habitat gajah di daerah Temerloh, Pahang.

“Jajaran ECRL di Hutan Simpan Kemasul, Temerloh, Pahang merentasi beberapa ladang pertanian dan kawasan pinggiran Hutan Simpan Kemasul yang menjadi habitat kumpulan gajah.

“Setelah beberapa sesi perbincangan bersama Perhilitan, pagar halangan fizikal gajah perlu dibina di kedua-dua belah landasan ECRL sepanjang Hutan Simpan Kemasul.

Ujarnya, ia bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenyataan itu juga menjelaskan ia juga merupakan salah satu kawalan mitigasi bagi menghalang kemasukan gajah ke kawasan landasan kereta api ECRL yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Justeru, pihak Perhilitan telah mengesyorkan agar mock-up reka bentuk pagar halangan fizikal dibina di lokasi sebenar bagi menguji ketahanan dan keberkesanan pagar sebelum sebarang keputusan reka bentuk dimuktamadkan.

Sumber: www.sinarharian.com.my

Pautan Berkaitan