Ke Atas

Kenyataan Media

25 Ogos 2023

Pojek ECRL Capai Kejayaan Penembusan Terowong Ke-24 Di Kampung Gedung Siam 3.
Terowong Kampung Gedung Siam 3 Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 1.32 km telah berjaya ditembusi mengikut jadual yang telah ditetapkan, menjadikan ia sebagai terowong ke-24 bagi Projek ECRL yang berjaya melengkapkan proses pengorekan terowong setakat ini. Lagi…

12 Mei 2023

PM Lancar Pembinaan Stesen Pertama ECRL
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan pembinaan stesen pertama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu Stesen ECRL Kota Bharu, seiring dengan kemuncak pembinaan infrastruktur nasional ini yang disasarkan pada tahun 2023. Lagi….

27 Mac 2023

MRL Santuni Warga Emas dan Anak-Anak Yatim sempena Ramadhan.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menghulurkan sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim di beberapa pusat penjagaan dan rumah kebajikan di negeri Kelantan bersempena dengan bulan Ramadhan. Lagi

18 Mac 2023

Projek ECRL Capai 10 Juta Jam Bekerja Bebas LTI.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencatat satu lagi pencapaian iaitu 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan (LTI), sejajar dengan usaha dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja semasa fasa pembinaan jajaran rel sepanjang 665 km. Lagi…

06 Febuari 2023

Kenyataan oleh MRL Mengenai Pembukaan Tanah di Hutan Simpan Kerajaan Negeri.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengambil maklum terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai pembukaan tanah untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor. Lagi….

31 Januari 2023

MRL Bawa Kemeriahan Tahun Baharu Cina ke Pusat Jagaan di Selangor.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) meneruskan khidmat kemasyarakatan dengan berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina bersama beberapa pusat jagaan di Selangor, membawakan keceriaan dan cenderahati kepada lebih 100 warga emas dan golongan yang kurang bernasib baik baru-baru ini. Lagi…