Ke Atas

Profil Korporat

 

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang diamanahkan untuk mentadbir projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). MRLSB memainkan peranan utama melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam ECRL, termasuk Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri, kontraktor, rakan kongsi dan masyarakat Malaysia. MRLSB merupakan pemilik projek ECRL – sebuah projek keretapi elektrik oleh Kerajaan Malaysia yang menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

ECRL menghubungkan pusat bandar utama, hub perindustrian, pelabuhan, lapangan terbang, dan zon pelancongan dan pertukaran laluan keretapi sedia ada di Semenanjung Malaysia. ECRL bersedia membantu menjana ekonomi Malaysia dan merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang ditubuhkan untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang saksama antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Popup Builder Wordpress